Sunday, 4 December 2011

BAHASA MELAYU TAHUN 1

JOM BELAJAR TATABAHASA
  TATABAHASA
Definisi

          Tatabahasa ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Bidang tatabahasa mengkaji cara-cara perkataan itu terbentuk dan selanjutnya bagaimana(cara) perkataan itu bercantum membentuk frasa dan ayat. Kajian tentang bidang tatabahasa dilakukan dari dua segi, iaitu cara perkataan itu dibentuk daripada bunyi bahasa dan cara perkataan itu disusun menjadi ayat. Contoh pembentukan kata ialah perbincangan tentang cara perkataan terbentuk melalui penggabungan awalan, akhiran dan apitan, manakala contoh pembentukan ayat ialah perbincangan tentang subjek dan predikat serta pola ayat. Bidang huraian pada peringkat perkataan dikenali sebagai morfologi manakala peringkat ayat dikenali sebagai sintaksis. Dengan perkataan lain, bidang tatabahasa terbahagi dua, iaitu morfologi dan sintaksis.  
Morfologi
            Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata,dan penggolongan kata. Bentuk kata pula ialah sesuatu unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau dihasilkan melalui beberapa proses pembentukan kata seperti pengimbuhan dan penggandaan.
Contoh: bentuk kata tunggal - lancar, pengimbuhan - pelancaran,  pemajmukan - papan tanda, penggandaan - buku-buku.
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan dalam sesuatu bahasa berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi perkataan lain dalam golongan yang sama. Perkataan dapat digolongkan kepada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. 
Sintaksis
            Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Sintaksis bermaksud bidang yang mengkaji rumus tatabahasa yang berdasarkan kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. 
Ayat
           Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna.

Saturday, 3 December 2011


Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama. 
Contoh jenis-jenis kata adjektif:

Kata Adjektif
Maksud
Contoh
1. Kata Adjektif Sifat
    Keadaan
Menerangkan sifat atau keadaan
Cerdik, bijak, cantik, rajin.
2. Kata Adjektif
    Warna
Menerangkan warna
Biru, merah, kuning, hijau, putih
3. Kata Adjektif
    Ukuran
Menerangkan ukuran
Tebal, nipis, tinggi, rendah, panjang, pendek.
4. Kata Adjektif
    Bentuk.
Menerangkan bentuk atau rupa.
Bulat, bujur
5. Kata Adjektif
    Waktu.
Menerangkan konsep masa
Baru, lambat, lama, lewat, silam.
6. Kata Adjektif
    Jarak
Menerangkan konsep ruang antara dua benda atau keadaan.
Jauh, dekat.
7. Kata Adjektif
    Cara
Menerangkan keadaan kelakuan atau ragam.
Pantas, perlahan, jarang.
8. Kata Adjektif
    Perasaan
Menerangkan konsep perasaan.
Pemalu, ragu-ragu, rindu, sayang.
9. Kata Adjektif
    Pancaindera.
Menerangkan konsep rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh.
Bising, wangi, kasar, masam, pahit, manis, licin.

Friday, 2 December 2011

FAHAMI PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN

TANDA BACA

1. Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk isyarat kepada pembaca supaya melakukan 
    sesuatu dalam bacaan.

2. Ia diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuainnya.

3. Tanda baca utama ialah:

                 a) Tanda noktah atau titik                ( . )

                 b) Tanda koma                                 ( , )

                c)  Tanda soal atau tanya                 (?)

                 d)  Tanda seru                                  ( ! )

TANDA BACA

KATA HUBUNG



Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan 
perkataan, rangkai kata dengan rangkai kata, ayat dengan ayat.

Contoh
Ayat Contoh
agar
Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
apabila
Mukanya pucat apabila disoal.
atau
Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa
Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan
Leela dan Siu Lan berjiran.
hingga
Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
Jika
Saya berpayung jika hujan.
Jikalau
Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecuali
Semua murid Nadir kecuali Gopal.
kerana 
Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu      
Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala
Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil  
Zalifah bernyanyi sambil menari. 
serta
Zahid serta abangnya menonton wayang.
semenjak
Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
sungguhpun
Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.
supaya
Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai.
walaupun
Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu.